May 18, 2012

Cara Menghadapi Situasi Orang Sakit Nazak

Pendahuluan

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap ...Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya.

Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.

Sejajar dengan itu maka terbitlah risalah kecil ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti.

Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

Melawat Orang Yang Sakit

Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya :

“Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu.”

Hukum melawat orang sakit

Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya :

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Adab Menziarahi Pesakit

1. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
2. Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.
3. Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh. Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : “Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.

4. Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.
5. Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.
6. Sekiranya ia berhutang segera jelaskan hutangnya (mengingatinya).

Tanda-tanda Orang Yang Hampir Ajal

1. Tunduk hidungnya (hidungnya jatuh).
2. Pucat/hilang cahaya mukanya.
3. Lurus kakinya (lurus tapak kakinya).
4. Tumitnya lembut.
5. Renggang pergelangan tangannya dan juga sendi-sendinya.

Adab Menziarahi Orang Yang Hampir ajal (sedang nazak)

1. Menghalakan pesakit yang nazak ke arah kiblat.
2. Talqin/peringatan kepadanya.
3. Ajarkan dia mengucap kalimah لا اله الا الله tidak usah ditambah dengan kalimah محمد رسول الله .
4. Bacalah Surah Yasin dengan nyaring dan Surah Ar-Ra’du dengan perlahan.
5. Sunat menitiskan air ke dalam mulut sekiranya terdapat tanda-tanda pesakit dahaga.

Hikmah Menziarahi Orang Sakit

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.

Kedatangan Sakaratul Maut

Rasulullah saw bersabda mafhumnya :

“Tidak akan keluar nyawa seseorang mukmin sebelum ia melihat tempatnya dalam syurga dan tidak keluar nyawa seseorang kafir sebelum dia melihat tempatnya di dalam neraka”.
Beredar Roh Pada Jasad

1. Hujung kaki ke lutut.
2. Lutut ke pusat.
3. Pusat ke dada.
4. Dada ke leher (halkum).

Keadaan Malaikat Maut Ketika Mencabut Nyawa

Keadaan Malaikat Maut terhadap orang yang sudah sampai masanya menemui Allah swt akan menemui 2 keadaan :

1. Yang beriman (keadaannya dengan rupa yang mengembirakan).
2. Yang tidak beriman (keadaannya dengan rupa yang menakutkan dengan keadaan demikian kesakitan orang yang hampir mati tidak dapat dirasai oleh orang lain melaikan kepada mereka yang merasainya sahaja.

3. Beberapa ulamak berpendapat : “Bahawa mati itu terlebih sangat kesakitannya daripada seribu palu dengan pedang dan terlebih sakit daripada gergaji dengan beberapa gergajinya dan terlebih sakit daripada gunting dengan beberapa gunting”.

Perkara Sunat Selepas Kematian.

1. Mengingati tempat kembali, berdoa dan bersabar.
2. Sunat diucapkan : “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan dikembalikan”.
3. Memberi ucapan takziyah (menyabar) menghibur orang yang ditimpa musibah dengan mengebut hal-hal yang dapat menghilangkan duka. Doa Takziyah : “Moga-moga Allah swt menagndakan pahalamu dan memberi takziyah yang baik kepadamu serta mengampunkan yang mati itu”.

4. Apabila sudah hilang nyawa wajiblah dipejamkan matanya dan dirapatkan mulutnya jika terbuka, dengan cermat. Kemudian diikatkan dagunya untuk memelihara daripada dimasuki serangga. Doanya ialah : “Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkanlah dia, Ya Allah Ya Tuhan kami rahmatilah dia”.

5. Hendaklah diletakkan mayat di tempat yang sesuai. Sebaik-baiknya di atas katil dengan keadaan melentang mengarah ke qiblat.
6. Salinkan pakaian yang dipakai dengan pakaian yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.
7. Letakkan sesuatu di atas perut untuk mengelak dari kembong perutnya.
8. Harus bagi ahli keluarganya menciumnya (ijmak para sahabat).
9. Ahli keluarga yang mampu segera tunaikan hutang si mati sekiranya ia menangguhkan hutang, sama ada dibayar dari harta peninggalan si mati atau atas pertolongan waris, kerana pada suatu ketika Rasulullah saw enggan menyembahyang ke atas jenazah yang mempunyai hutang sehingga dibayar hutangnya dan ditunaikan wasiatnya.

10. Segerakan pengurusan jenazah tersebut. Dari Ali Bin Abi Talib, Sabda Rasulullah saw mahfumnya : “Wahai Ali tiga perkara yang tidak boleh engkau lambatkan, sembahyang apabila masuk waktunya, kebumikan jenazah apabila sudah sedia dan nikahkan anak dara apabila ada jodohnya”.

11. Mengumumkan kematiannya, kepada sahabat handai dan golongan orang-orang yang soleh agar segera menguruskannya.
12. Diharamkan ratapan, meraung, menjerit dan diharuskan menangis.
13. Diharamkan berkabung melebihi tiga hari.

Sunat Menyediakan Makanan Bagi Keluarga Yang Meninggal

Perbuatan ini disunatkan, kerana ia merupakan kewajipan dan pendekatan diri kepada keluarga mayat dan tetangga. Berkata Imam Syafi’e : “Sebaiknya dibuat makanan buat keluarga mayat cukup untuk mengenyangkan mereka selama satu hari satu malam, kerana itu adalah sunat dan merupakan perbuatan orang yang berbudi”. Sabda Rasulullah saw :

“Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’afar, kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memilukan”. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmizi)

Para Imam memandang makruh hukumnya jika keluarga mayat menyediakan makanan buat orang yang datang kerana hal ini menambahkan kemalangan mereka, serta meniru perbuatan orang-orang Jahiliah.

Adalah menjadi kewajipan ke atas ahli keluarganya yang terdekat (warisnya) untuk menguruskan jenazah. Seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan menguburkan jenazah mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak.


NOTA : PENGETAHUAN PENTING INI KHAS UNTUK DIRI KS SENDIRI DAN ANAK2 KS JUA~

April 3, 2012

2 hari lagi...

hai...
assalamualaikum wbt...



xtau la belog ni org baca ke dop...
ntoh2 org tak jenguk pun...haha
nok nulis beria2 mcm dulu pun rs mcm tak brp nk jadi da skrg ni..
sbb...
tadop idea!
masalah besar jgk kalau tadop idea ni yek...
semangat kobar2 nk nulis blog..
tp idea tadop...
mmmm...
nak kena idea nih..
asyik tadoooopp sokmo nih..
bila nk ada ideanya kalo masa asyik ke lain..
ye dop..
arrrgghhh...peduli apa...
yg penting kerja2 yg diamanahkan musti beres...
lain la kalau mmg ternyata masa asyik ke lain...
dan kerja2 yg diamanahkan tak dibuat...
itu mmg parah..
baru2 ni ks hangin kejap dgn kata2 seorang teman...
huiiiihhhh..sedapnya dia mengata secara rambang...
aduiiii..ks mmg pantang bab ni..
sbb..
ks x suka org itu yg tidak sebagus mana...
suka2 hati nk mengata org lain ikut selera sndiri...
piiiiiraaah mabok!!
apa? dia ingat dia bgus sgt ke dlm kehidupan dia tu...
ek eleh...
agak2 la kalau nk mngata pun....
ingat Tuhan lor....ingat Allah swt byk2...hocaaay...
(dia xbace pun blog ni....hahaha)



sbnornya ks nk cite psl family day....
hari Jumaat ni (6.4.2012) ks bertolak...
ke Melaka...Negeri Bersejarah....
ks kalau kira da 3 kali g Melaka....
best jgk g Melaka ni sebenarnya..
byk tempat2 best dan menarik...
2 tahun lepas ks da berpeluang bawak anak2 jln2 ke sana...
tp x lama la...
kejap je g sbb nk ke KL plak lps tuh...
kali ni harap2 budak2 bdua tu happy la hendaknya...
insya Allah...



nnti ks sambung!
ks nk gi mkn kuey teaw kungfu kejap deh...

March 23, 2012

baucar BR1M


benar2 menguji kesabaran hati dan minda...hari Isnin ks akan selesaikan di PDT Pekan...looorrr punya lama tunggu..menunggu..menanti..dan menunggu..ks igtkan kat PDT Kuantan...ropanya kat PDT Pekan...senget sungguh laaaa...patut la mmber kat PDT Kuantan carik tak jumpa2....mmg  la takkan jumpa sbb doh menang tadop kat situ.......duk kat umah ks tu rupanya msuk dlm Parlimen Pekan...hadoiiiiiiiiiiii........

tapi...syukur alhamdulillah Isnin ni nanti akn diselesaikan segera......insya Allah...

February 27, 2012

::mari kita sama2 belajar dan praktikkan cara2 mendidik anak2::

Jangan pukul anak dari paras lutut ke atas.

Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita, nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh kontrol.

Rotan/pukul anak di telapak kakinya, secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”.

Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

Berikan anak anda pelukan setiap hari (kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya seorang kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar, masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang, tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri, mereka akan menirunya.

Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda, mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- anak ibarat kain putih,  ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

February 15, 2012

mengantok!!! seksa menahannya...


hadoiiii...mmg tak boleh tahan2 lagi dah rasa mengantok nih...mmg mengantok sangat2 sejak kebelakangan nih..bakper dop tahu!! padahal kalau dulu2..berjaga la smpai pukul bape pung..dop mengantok pun di siang hari tp skrg nih...berjaga sampai pukul 2 pagi je pun, hari esok mesti mengantok gila...ishhh agoknya daya tahan rasa mengantok da kurang bersamaan dgn umur yg da semakin meningkat ni kot..agoknya la..... yg paling tak tahan tu ialah bila mengantok, rasa seksa yang amat sgt bila nak menahannya...hadoiiiii....

serbey2 blog org ada terbaca satu posting ttg mengantok nih...meh kita baca nok...
  • suwuh jer member sebelah meja perhatikan gerak geri kowang..klu dye nmpak kowang cam dah lali cam amek mende bukan2 siler... PANG!!!!!. gerenti segar bugar mate kowang (JANGAN YATIIII...HEHEHE) 
  • Banyak kan berjalan kat dalam ruang pejabat... klu kawan2 tanye kowang jawab jer nak ilangkan mengantok....(HAHAHA..DAH TU BILA MASA NAK BUAT KERJANYA NIH?) 
  • Bawak air mineral 1 liter utk 1 pejabat.. air kan bekalkan oxygen kat otak. kan kan? (YE KE?)
  • Tarik nafas dalam2 tapi jangan ler sampai tak benafas lak lepas tue.. giler nko!
  • Bawak kudap kudap ke opis..wah gerenti kowang tak nantok...di tegaskan disini kudap kudap sahajer, BUKAN nasik bubur dan makanan yang berat OK.. giler nko! ingat nak g picnic ker?
  • Klu der tenet tue..bukak lah komik 0n9 ker bacer gossip2 artis ker... forsure ilang ngantok.. klu orang lalu buwat2 ler sebok cari bahan...cover line kene cemerlang beb. (ADA KE PULOK!!!)
  • Cabut bulu hidong pastu kire.Tapi..... jangan la kowang korek idong dalam kelas..itu pengotor namenyer.. eyeeekkkk.. sumpah tak bley makan saper yang tengok kowang wat perangai cam tue.
macam gila2 je idea orang ni ttg cara2 nk elakkan mengantok...tak kisah la..janji LAYANNNNN.....

February 12, 2012

nak soalan!

hye..
uols...
ceh..mcm ramai sgt pembaca blog ks yek..
haha!
xpe la..no problem la..
sikit kita buat cara sikit...
ramai kita buat cara ramai..
kan?


ok...
ks xde apa sgt pun nk cite dlm posting kali ni...
CUMA...
kalau boleh...
kalau boleh la kan...
kalau boleh...
ks hrp sgt kawan2 yg dah mnjawab soalan2 blog ks tu...
reka cipta soalan2 blog yg boleh ks jwb pulak...


ks teringin...
ks teringin nih...
teringin nk jwb soklan jugop...
haha!
kemarok soklan la pulok....
xde la kan...
apa salahnya kita tukar corak...


jadi kpd semua kawan2 blog ks tu...
andaikata...
andaikata lah kan...
ada soklan2 blog yg kita bole jawab dan kongsikan bersama...
di dalam dunia BLOGGER kita ni...
sudi2kan lah mempostingkannya di blog memasing.....
tentu meriah kan...


setakat ni ramai kawan2 blog da jawab soklan2 ks pasal FACEBOOK tu...
not bad...
alhamdullillah...
mmg sepatutnya FACEBOOK tu tidak diperlukan sgt la...
ada..ada la... xde..no hal pun...
mcm ks skrg ni....
dah jarang2 sgt da pun duk on9 FB...
skali skala aje dah....
sbb tu kadang2 bila on9 tu....
byk posting kat wall kawan2 ks dah ketinggalan....
sllu ketinggalan...
dak per la...
ok je....


bole hidup tanpa FACEBOOK!!


mmm..ok la ks stop sini dulu..nnti sambung
(i yo la tu...ntah bila2 la leh smbung ni....) haha!

February 6, 2012

~syukur alhamdulillah~

ks xde apa nk cite...ks cuma nak ucapkan syukur ke hadrat illahi diatas segala rezeki dan pemberian dariNya selama ini...dan utk hari2 seterusnya...amin..

#syukur sgt2...terima kasih ya Allah ya Tuhanku........

January 18, 2012

-pink kaler-

ini la warna pink yg ks minat2 sgt tu.....tp ks tak bertemu lagi warna pink ni utk template blog ks...mana mau cari daaaaaa.......



cari dan terus mencari......

January 15, 2012

so difficult....

uuuuiiihhhh...payahnya nak carik template yg benar2 menarik hati ks weiiii....
mcm2 template ks cuba....
sume x kena....
eeeeee.....
geram lor...
tambah2 lg dgn masalah poblem sehari2 ni...
lagi ler tensen....
tensiooooonnnnn....

setakat hari ni yg warna ijo ni aje la dulu yg ks guna pakai deh...
nnti lain masa tukor pulok.......

-pink kaler-

November 30, 2011